Friday, October 11, 2013

Mencari Kesyukuran

mengintai di sebalik cermin rumah.
melihat sepasang susuk tubuh org tua.
leka menyambung kerja. membina rumah. si isteri mangangkat pasir
si suami membancuh simen. tatkala tuan rumah masih lena di buai mimpi.
suami isteri ini telah memulakan kerja.
orang tua. tenaganya mungkin terbatas.
kerjanya tidak sepantas org muda.
namun apakan daya. kerana sesuap nasi.
ia perlu bangkit walau payah.
kerana keluarga yg sedang menanti pada perut yg perlu di isi.
untuk ekonomi yang semakin menghimpit situasi
membuktikan pada masyarakat 
bahawa mereka tidak sekadar meminta simpati.
mereka masih bisa menggunakan kudrat sendiri

mengintai di sebalik cermin ini.
mula rasa malu pada diri sendiri.
yang kadang merungut itu ini.
sudah elok diberi gaji.
masih tidak cukup pelbagai sisi.

wahai diri.. bersyukurlah.
kerana kamu tidak bekerja di bawah terik matahari.
kerana kamu tidak lelah mengangkat segala batu bata
kerana kamu tidak mengeluarkan peluh terlalu byk 
kerana kamu masih ada kerja.

walaupun kamu rasa banyak pelbagai gaya.
mungkin tidak mampu mengikut citarasa.
cubalah letak kamu pada mereka.
bisakah kamu melakukannya?

wahai diri.. bersyukurlah
kerana rezeki datangnya dari Ilahi.
jangan kamu banyak merungut nikmatNya
Dia memberi dengan rasa CintaNya..
bersyukurlah kerana Dia tidak berpaling RahmatNya...

5 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah.. ye kak. Nisah yg buat. Situasi berlaku di dpn rumah...

      Delete
  2. suker dgn bait-bait bicara nisah ni.. ;-)
    salam ukhwah...

    http://cinta-health.blogspot.com

    ReplyDelete