Friday, September 27, 2013

Aku Perlu Berhenti

ketika aku lelah berlari mengejarmu
kamu tegar untuk terus berlalu meninggalkanku.
ketika aku jatuh dan terluka.
engkau melihat berlalu tanpa kata.
ketika aku menangis mengenangkanmu
kamu ketawa tanpa mempedulikanku

ketika itu.
masih belum aku terasa jemu.
aku terus mengejarmu
tanpa rasa diabaikan
walaupun aku lelah

aku jatuh berkali-kali
lalu egkau tetap pergi berkali-kali.

akhirnya. aku mula mengerti
bahawa yang ku kejar itu bkn cintamu
yg selama ini kau berikan hanya
kata-kata manis yg bukan dari ikhlasmu.

aku tersedar.
bahawa. sejauh mana aku mengejar
kamu akan tetap berlari.
lalu aku belajar. untuk berhenti.

lelah aku mengejar.
kerana aku sedar.
bahawa. untuk menamatkan permainan ini
aku perlu berhenti.

aku perlu berhenti
jika aku masih sayangkan
diri ku ini.

Thursday, September 26, 2013

Aku Tinggalkan Semua

ku tinggalkan semua
kerana ku tahu
kita tidak akan kemana-mana
aku tinggalkan semua 
kerana aku mengerti
cinta ini bukan untuk kita
aku tinggalkan semua
kerana aku tidak sanggup
menanggung beban dosa ini
aku tinggalkan semua 
kerana sayang ku masih bersisa
aku tinggalkan semua 
kerana aku mahu
menjadi diriku sendiri
aku tinggalkan kamu
bukan kerana aku membenci
aku tinggalkan kamu
hanya kerana 
aku mahu kita sedar.
bahawa dunia ini bukan milik berdua.

kerana itu.
aku tegar tinggalkan kamu dan semua.

Qalbun Zaujah


Aku hanya ingin mengatakan apa yang tidak sempat terucap
oleh lisan.

Aku adalah wanita yang telah kau nikahi.
Dan aku menjadi isterimu yang mendampingi
hidupmu..

Isteri yang solehah adalah
cita-citaku.

Namun, setelah berjalan sekian lama aku merasakan..
Cita-citaku belum sempurna terwujud
Banyak kekhilafan yang telah aku lakukan
Sehingga mungkin menyesakanmu wahai suamiku.

Tiada perasaan buruk dihatiku hanya cinta yang
menggelora untukmu..

Cinta yang ingin ku persembahkan buat suamiku
tercinta..

Tiada yang kuharapkan dari perasaan ini selain Redha
mu wahai suamiku..

Bukakanlah pintu maafmu untuk meredhaiku.
Semua solatku . ibadahku . puasa ku . hanyalah debu
tanpa keredhaanmu wahai suamiku

aku akan selalu perbaiiki diri ini, 
tapi itu tak bisa ku lakukan 
tanpamu..

Ku ingin kau mendampingi hidupku untuk terus perbaikinya

Menuju cita menjadi isteri solehah dan redhamu..


Hanyan yang aku inginkan
moga kita berdua 
akan sentiasa mendapat redha Allah SWT

InsyaAllah..

Dekat namun Jauh

saya bukanlah sempurna .
selalu sahaja ada salah dan silap.
itu tidak bermakna kamu mudah menghina.
memaki sesuka hati.

saya datang dengan cara yang baik.
berkongsi beban yang di tanggung.
melepas lelah yang menyekat nafas dan nadi

cukuplah dengar andai tidak dapat membantu.

jangan lemparkan kata-kata yang kesat

saya mungkin kecil di sisi kamu
tapi itu tidak bermakna 
kamu terus menerus mengungkit kisah lama.

saya telah korbankan perasaan cinta yang saya bina.
rasa kasih yang tak pernah saya rasa.
demi kamu, 
saya lepaskan sehingga jiwa ini sakit menerima sisa-sisa ..

saya diam. bersuara tanpa berkata-kata.

saya ingin berlalu.
namun kaki ini kaku diam.

lalu saya menyendiri.
dekat namun jauh.

biarlah...