Friday, September 27, 2013

Aku Perlu Berhenti

ketika aku lelah berlari mengejarmu
kamu tegar untuk terus berlalu meninggalkanku.
ketika aku jatuh dan terluka.
engkau melihat berlalu tanpa kata.
ketika aku menangis mengenangkanmu
kamu ketawa tanpa mempedulikanku

ketika itu.
masih belum aku terasa jemu.
aku terus mengejarmu
tanpa rasa diabaikan
walaupun aku lelah

aku jatuh berkali-kali
lalu egkau tetap pergi berkali-kali.

akhirnya. aku mula mengerti
bahawa yang ku kejar itu bkn cintamu
yg selama ini kau berikan hanya
kata-kata manis yg bukan dari ikhlasmu.

aku tersedar.
bahawa. sejauh mana aku mengejar
kamu akan tetap berlari.
lalu aku belajar. untuk berhenti.

lelah aku mengejar.
kerana aku sedar.
bahawa. untuk menamatkan permainan ini
aku perlu berhenti.

aku perlu berhenti
jika aku masih sayangkan
diri ku ini.

2 comments:

  1. jangan berhenti berlari
    mengejar sedayamu semampu
    jangan menoleh masa belakangmu
    memburulah apa adanya depanmu..

    hye akak,,..
    azie ader g umah cik amy ritu..
    amek air lily demam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe hi lily..
      Lama x dgr berita
      Jauh akk tinggalkan laman ini
      Semoga lily sentiasa sihat hendaknye...

      Delete